Tentang Kami

Foleva Travel & Tours Sdn Bhd adalah pakar dalam pelancongan berkonsepkan Tadabbur Trip, menggabungkan sejarah, budaya, dan refleksi Al-Quran dalam setiap perjalanan. Dengan lebih 10 tahun pengalaman, kami membawa anda menerokai destinasi yang kaya dengan warisan Islam dan peradaban dunia, termasuk Nusantara, Timur Tengah, dan Asia.

Kami percaya bahawa pelancongan bukan sekadar lawatan, tetapi ia satu pengalaman yang perlu ada nilai dan makna. Bersama Tour Leader yang hafiz Al-Quran dan pemandu tempatan berpengalaman, menjadikan perjalanan anda lebih daripada sekadar percutian – ia adalah sebuah perjalanan ilmu, ketenangan, dan inspirasi

Visi Kami

Menjadi peneraju agensi pelancongan muslim yang memperkenalkan konsep perjalanan yang lebih bermakna, mendidik, dan mendekatkan manusia kepada sejarah, alam, dan kebesaran Allah.

Misi Kami

Mengubah pengalaman percutian dengan menawarkan perjalanan Islamik yang bukan sekadar lawatan, tetapi suatu perjalanan ilmu, refleksi, dan inspirasi berlandaskan konsep Tadabbur Trip.

Official Agent Kami

Percutian yang lebih dipercayai dengan official agent terdekat anda

Pakej Pelancongan Kami

Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke destinasi popular di Indonesia, termasuk: